Pemasaran Bersekutu (Affiliate Marketing): Pembayaran Secara Klik Dan Kos Per Klik

>>> Shared from Original Post Involve Asia / Blog

Pemasaran Bersekutu (Affiliate Marketing): Pembayaran Secara Klik dan Kos per Klik

Pembayaran Secara Klik

Pembayaran secara klik (Pay per click/PPC) bermaksud pengiklan hanya membayar pemilik laman sesawang yang memapar iklan tersebut sekiranya iklan diklik oleh pelawat dan pelawat dibawa ke halaman sesawang pengiklan.

Kaedah ini juga dikenali ramai sebagai pembayaran per lawatan (Pay per visit/PPV) mahupun pembayaran untuk klik (Pay To Click/PTC).

 

Kos Per Klik

Kos per klik (Cost per click/ CPC) pula merupakan kos yang perlu ditanggung oleh pengiklan kepada enjin pencarian atau pemilik laman web untuk satu klik pada iklan yang membawa pengunjung ke laman sesawang mereka.

Pengiklan akan bersaing sesama sendiri untuk mendapatkan ‘key word’ yang berkaitan dengan produk dan servis yang ditawarkan di enjin pencarian (search engine).

Secara lazim, pembayaran secara klik dan kos per klik merupakan dua kaedah yang popular yang digunakan dalam pengiklanan Internet dalam pemasaran bersekutu (affiliate marketing).

 

Tetapi apakah manfaat pemasaran bersekutu ini?

Berikut adalah di antara manfaat pemasaran bersekutu :

  1. Kos yang rendah: Pemasaran bersekutu hanya memerlukan laman sesawang/ sosial dan sebenarnya tidak mengambil kos yang tinggi. Anda boleh memulakan perniagaan ini dengan segera setelah mencapai persetujuan dengan pengiklan.\
  2. Tidak terikat dengan kontrak: Kebolehan untuk menjadi affiliate / marketing partner kepada beberapa syarikat pengiklan membolehkan anda mengurangkan risiko kerugian sekiranya produk sesuatu syarikat tidak laku atau pengiklan tidak membayar komisyen kepada anda.
  3. Pendapatan berterusan: jualan yang berterusan bermakna anda dapat menjana pendapatan secara berlanjutan ataupun pendapatan pasif.
  4. Tiada keperluan untuk membina produk atau bisnes sendiri: tidak perlu risau mengenai inventori, tenaga pekerja, penghantaran produk, aliran tunai (cashflow) dan sebagainya.
  5. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian : seperti sebarang aktiviti, anda perlu meluangkan masa dan memberi fokus untuk memperbaiki prestasi anda di aktiviti tersebut. Pada permulaan, anda semestinya wajib memberi perhatian untuk mendapatkan langganan trafik kepada laman sesawang / sosial anda dan bekerja keras memprosikan produk pengiklan. Sekiranya dilaksanakan dengan betul, pemasaran bersekutu secara digital tidak mengambil masa yang lama untuk meraih pulangan komisen kepada anda.
  6. Kemahiran untuk mengetahui selok-belok bisnes dan pemasaran : bagi yang belum mempromosikan produk, aktiviti pemasaran bersekutu bakal memberi peluang dan kepekaan untuk memahami kehendak pemasaran.
  7. Anda tidak perlu tunggu dan boleh bermula pada hari ini dan sekarang!

 

Bagaimana untuk bermula?

Anda boleh sertai platform bersepadu Involve Asia yang mempunyai lebih 500 pengiklan utama di rantau Asia Tenggara secara PERCUMA.

Mulakan perjalanan anda sekarang.  Klik di sini.

>>>Read the Full Story at Involve Asia / Blog